KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
( DUA 6022 )
TAJUK E- FOLIO : IMPLIKASI NEGATIF GADJET TERHADAP REMAJA
NAMA PENSYARAH : USTAZ ALI BIN WAN CHEE
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA
PENDAHULUAN
Pada era globalisasi yang kian membangun ini, teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan para pengguna memiliki gadjet seperti telefon pintar dan tablet dengan mudah yang dicipta secara berterusan untuk kegunaan dan kemudahan manusia. Selain itu, evolusi peralihan gadjet dilihat cukup drastik dan nampaknya sudah mempengaruhi gaya hidup masyarakat terutama remaja sehingga wujud situasi dimana " Hidup dikatakan mati tanpa gajet ".
Pengertian Gadjet
Gadjet merupakan satu teknologi yang canggih dan juga mewah yang mempunyai kemampuan yang lebih baik dan teratur. Selain itu, ia juga memiliki fungsi yang lebih praktis dan berguna seiring dengan arus kemodenan pada masa kini. Disamping itu, gadjet pada awalnya diciptakan untuk membantu manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain dari jarak jauh tanpa menggunakan sebarang kabel dan ia juga mudah dibawa kemana sahaja. Seiring dengan perkembangan teknologi dan peningkatan yang diperlukan oleh setiap individu maka terciptalah gadjet yang memiliki fungsi lebih dari komunikasi sahaja. Contohnya, kemudahan melayari internet, penggunaan camera, serta aplikasi GPS, Facebook, WhatsApp dan sebagainya. Antara jenis gadget seperti telefon pintar (smartphone), iphone dan laptop serta notebook.
Implikasi negatif gadjet yang boleh hadapi oleh remaja antaranya ialah :-

* Prestasi akademik dalam kalangan remaja semakin merosot.
Hal ini kerana, pendidikan merupakan teras kekuatan remaja supaya mampu berdaya saing dengan pasaran global pada era globalisasi yang pantas berubah. Misalnya, remaja telah mengabaikan pelajaran mereka kerana fokus remaja semasa waktu pengajaran dan pembelajaran telah berkurang. Menurut kajian, rata-rata generasi muda menggunakan aplikasi dalam telefon pintar untuk melayari laman sembang dan aplikasi permainan maya sehingga ketagihan. Secara implisit, prestasi akademik remaja akan merosot kerana kekurangan inisiatif dan semangat yang membara bagai hilang kapak berganti beliung selepas ketagihan dalam perisian telefon bimbit yang semakin canggih. Jelaslah bahawa ketagihan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja akan menjejaskan prestasi akademik mereka.
* Membuang masa
Disamping itu, remaja juga banyak menghabiskan masanya dengan melayari Facebook, WhatsAap, Wechat dan bermain game. Hal ini, menyebababkan penggunaan masa yang ada tidak diisi dengan perkara yang berfaedah. Sebagai contoh, masa yang terluang untuk beriadah, membaca buku , serta membaca Al- Quran. Sesungguhnya, penggunaan gadjet hendaklah diseimbangkan supaya pengguna dapat menghargai masa yang terluang dengan perkara yang lebih berfaedah kerana “masa bagai mata pedang” yang akan memancung kita jika tidak dimanfaatkan dengan bijak. Pengurusan masa memanglah penting untuk membentuk sahsiah diri yang berdisiplin dan mempunyai sikap yang menghargai setiap detik yang dikurniai oleh Tuhan. Jadi, usia remaja perlulah diisi dengan sebaik-baiknya dalam aktiviti yang berfaedah dan bukannya menghabiskan masa berkualiti mereka dengan menatap gadjet. Menurut tinjauan terkini, generasi muda telah menghabiskan sekurang-kurangnya 19 jam seminggu dalam penggunaan peranti mewah seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya.. Izharnya, penyalahgunaan telefon bimbit akan membazir masa dan usia, bak " seratus tahun bah melanda kapar tetap tidak berlalu."
* Menjadi lalai terhadap gadjet
Secara implisit, penggunaan gadjet juga melahirkan remaja yang leka dan lalai. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Contohnya, menunaikan ibadah kepada Maha Pencipta, makan minum sampai terabai. Tambahan pula, penggunaan gadjet juga memberikan kesan kepada prestasi kerja atau pelajaran dalam kalangan remaja. Hal ini akan menyebabkan negara kita mengalami kebejatan idea untuk meningkatkan prestasi negara. Golongan remaja yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran daripada penggunaannya yang melalaikan.
* Masalah kesihatan
Remaja akan lebih cenderung untuk menjadi obesiti akibat ketagihan layari laman web sosial dan permainan komputer. Hal ini disebabkan, remaja akan mengurangkankan pergerakkan untuk mengambil makanan atau bersenam dan sanggup makan di hadapan komputer. Penggunaan gajet tanpa kawalan akan memberi kesan kepada urat saraf remaja kerana terdedah kepada cahaya berterusan. Saraf yang rosak akan mengakibatkan kesihatan mereka terganggu. Malah terdapat beberapa bukti pendedahan gadjet terlalu awal menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti pembelajaran terjejas dan perubahan perlilakuan.
PENUTUP
Kesimpulannya, penggunaan gadjet mendatangkan banyak kesan buruk daripada kesan baik. Remaja sewajarnya memanfaatkan kebaikan dan mengelakkan keburukan penggunaan gadjet kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Bak kata pepatah,”genggam bara api biarlah sampai jadi arang.” Setiap daripada remaja haruslah diingatkan supaya tidak terlalu obses dengan gadjet kerana secara tidak langsung boleh memudaratkan diri sendiri. Mungkin ini adalah sebahagian daripada gaya hidup golongan remaja yang mahu kelihatan tampak bergaya namun hendaklah dilakukan secara berpada-pada supaya tidak mengabaikan keperluan lain dalam kehidupan seharian.
![]() |
Contoh dari keratan akhabar |
![]() |
Contoh dari keratan akhabar
ANTARA CONTOH VIDEO KESAN NEGATIF GADJET
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan